Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Wah! Nampaknya perkahwinan Dato Sri Eizlan Yusof dan pasangan Natasha Rosa pada 12 Disember 2019, Khamis ini bakal menjadi buah mulut peminat.

Apatah lagi, difahamkan perkahwinan itu akan berlangsung selama empat hari bermula dengan Malam Berinai bertemakan Arabian Night bakal diadakan pada 11 Disember.

Menurut sumber XTRA, pada hari akad nikah yakni pada 12 Disember, majlis adalah bertemakan ‘All White’. Malah pengantin juga dijangka akan berarak menaiki bot menyeberangi tasik di Marina, Putrajaya sebelum berarak masuk ke The Glass Suite, BoraOmbak Putrajaya.

Manakala pada malam resepsi pasangan itu pada 13 Disember 2019, pengantin akan diberi penghormatan ‘sword bearer’, pancaragam ‘bagpipe’, malah dihiburkan oleh artis-artis popular tanah air.

Malah 800 tetamu yang dijangka hadir terdiri daripada golongan bangsawan, keluarga diraja, tokoh industri dan pemimpin negara.

Pada 14 Disember pula, sebuah lagi majlis resepsi apresiasi turut diadakan bagi meraikan penaja, media dan rakan-rakan artis.

Melihat pada empat majlis gah itu, tidak hairanlah ramai mendakwa kos penganjuran majlis perkahwinan Eizlan dan Tasha bukan calang calang sehingga mencecah RM2 juta dan bakal mendapat jolokan Wedding of The Year!

Sama-sama kita nantikan ya!

 

Oleh: Guy Masaki

SGMS Putri