Bagi ‘Hint’ Bakal Adakan Konsert, Lah Ahmad Buat Peminat Teruja

Penyanyi Lah Ahmad mengumumkan dirinya bakal mengadakan konsert sempena 25 tahun keberadaannya dalam industri seni tanah air, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi itu telah memuat naik gambar poster konsert yang dinamakan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert.

“Bismillah #25yearsLahAhmadliveinconcert,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya mula rasa teruja dengan pengumuman tersebut biarpun tarikh, masa dan tempat untuk konsert itu berlangsung masih belum dinyatakan.

Fatin Nurain