Bahagia Dengan Status Janda Anak 6, Amelina Tak Fikir Soal Jodoh

Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dirinya lebih selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dan tidak terlalu memikirkan soal jodoh.

Menurut pelantun lagu Janda Anak Enam ini, dia lebih memikirkan mengenai kerjaya seni berbanding soal jodoh biarpun sudah hampir tujuh tahun hidup solo.

“Memang tiada cerita apa sangat mengenai jodoh, saya dah terlalu ‘busy’ (fikir) untuk fikir benda-benda lain.

“Lagi satu, dalam jodoh ini kalau tidak orang yang pilih kita, jadi kita juga yang kena memilih orang. Semua itu, kira maknanya yang nak pula orang macam saya dengan ada trauma dalam rumah tangga selama 15 tahun, itu sudah cukup pahit buat saya kenang.

“Apatah lagi, jika saya hendak mengulangi semula kegagalan dan mengulangi semula kehidupan yang derita itu, memang tidaklah. Saya akan cuba mencari yang terbaik untuk saya agar tidak merasai lagi perkara-perkara itu semua,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi itu redha sekiranya ditakdirkan untuk hidup secara solo dan menganggap masih tiada jodoh.

Malah, dia turut menyatakan dirinya juga bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang boleh membahagiakannya suatu hari nanti.

“Seandainya jika masih ditemukan dengan seseorang yang boleh membahagiakannya, Insya-Allah akan datang juga nanti,” katanya.

Terdahulu, Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 19 Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 21; Putera Al’ Affiq, 20; Putera Al’ Asyraff, 19; Puteri Nur’ Asyurah, 17; Putera Al’ Arffa, 15; dan Putera Al’ Amzar, 13.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain