“Saya Tak Bermusuh Dengan Dia” – A Aida Ulas Isu Saman Pelakon

Penerbit terkenal, Datuk A Aida memberitahu dia dan pelakon, Idris Khan tidak bermusuhan malah bersikap profesional dalam bekerja.

A Aida mengulas mengenai tindakannya yang memfailkan saman terhadap pelakon, Idris Khan dan Amelia Henderson kerana mahu perkara tersebut menjadi pengajaran buat semua.

“Saya tak bermusuh dengan dia. Saya profesional. Urusan peribadi tolak tepi. Semua tahu, saya memang tegas dalam bab kerja.

“Lagi pun, sebelum ambil tindakan ini saya sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam. Saya harap orang ramai jangan buat spekulasi. Kita pun sudah saman, jadi biarlah mahkamah tentukan kerana kita percaya kita di pihak yang benar. Dalam masa sama, saya mahu perkara ini menjadi pengajaran buat semua pemain industri,” katanya.

Semalam, Idris Khan memberitahu media bahawa dia dan Amelia akan ke mahkamah pada November ini bagi mendengar kes tersebut.

Terdahulu, A Aida selaku penerbit dan pemilik A Aida Production memfailkan saman terhadap Idris dan Amelia Henderson kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3.

A Aida juga bersyukur Sekali Lagi Cinta Kembali yang mula bersiaran pada 13 September itu menjadi sebutan dan ‘trending’ di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Idris Khan & Amelia Henderson Ke Mahkamah November Ini

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi