Pelakon dan usahawan Wawa Zainal tampil mengulas desas-desus yang mengatakan produknya hanya habis dijual di ibu pejabat dan tidak di peringkat ejen jualan.

Menurut Wawa, tohmahan yang diterimanya itu kebanyakan dari pihak yang dengki dengan pencapaiannya bersama pasukan.

“Kalau saya nak kaya sendiri, boleh saja. Tapi itu bukan cara saya. Ada cakap saya kaya sendiri sebab jualan hanya habis di ibu pejabat (HQ) saja.

“Malah, ejen merana sebab stok tak jalan. Lepas tu ada pula cakap saya ini kaki sembang nak tolong orang dan banyak lagi.

“Bagi saya, kalau dah busuk hati dan dengki tu memang tak boleh buat apa dah,” katanya.

Namun, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu juga menyatakan dirinya tidak mengaut keuntungan seorang diri, malah dia turut melahirkan ramai usahawan yang berjaya di bawah naungannya.

“Bagi yang mengikuti perkembangan perniagaan saya, ramai tahu macam mana mereka yang menjadi ejen dan usahawan jualan produk saya berjaya. Malah ada yang sudah menjadi ‘master stockist’.

“Jangan kata saya pelepas tekak seorang saja. Sudah terbukti ramai yang berjaya asbab berniaga Wawa Cosmetics.

“Janganlah cakap kasihan kepada ejen habiskan barang saya. Saya buat ‘bisnes’ ni pun dengan berhabis sebab pasukan yang ada di bawah saya juga. Ini semua rezeki masing-masing.

“Dalam rezeki mereka ada rezeki saya, begitulah sebaliknya. Doakan #wawawarriors murah rezeki selalu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain