Jalani Pembedahan Akibat Hamil Luar Rahim, Almy Nadia Kini Stabil

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan bahawa keadaan isterinya, Datin Almy Nadia kini stabil sebaik sahaja menjalani pembedahan membuang ketulan Cyst pada rahimnya.

Bagaimanapun, aktor itu memberitahu isterinya masih dalam pemantauan doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan keadaannya juga stabil, cuma masih dalam pemantauan doktor.

“Sebelum ini, doktor mengesan kewujudan cyst dan pada awalnya, Almy ingat dia hamil, namun selepas membuat pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan dia mengalami ketumbuhan pada rahimnya sehinggalah dinasihatkan menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan mudarat sekiranya dia mengandung pada masa akan datang.

“Dan, alhamdulillah… dia sudah semakin pulih dan mampu berdiri. Doktor sarankan dia untuk banyak bergerak dan tidak baring sepanjang masa.

“Kepada yang mendoakan, sama ada peminat atau rakan artis, saya ingin ucapkan terima kasih. Kami menghargai keprihatinan dan doa anda semua,” katanya.

Terdahulu, Fizz dilihat memuat naik beberapa hantaran di Instagram miliknya beberapa hari lalu memaklumkan keadaan isterinya yang perlu segera menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada rahimnya.

 

 

Sumber: Utusan

Salma Syahbuddin