Categories: Hiburan

Baju Kahwin Elfira Cecah RM30,000 Digayakan Cuma Sejam

Elfira Loy dengan Faris Khairol Anuar telah disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang serba mewah. Bukan setakat itu ada yang mengatakan yang pasangan ini kelihatan teramat cantik terutama Elfira dengan kecantikan gaun yang di pakai.

Di antara semua baju perkahwinan Elfira, ada set persalinan busana tradisional berwarna ungu digayakan oleh pasangan ini  yang menjadi perhatian ramai. Meskipun cuma menyarung persalinan itu selama sejam pada majlis resepsi sebelah lelaki .

Dihasilkan oleh Rico Rinaldi, pereka fesyen itu memberitahu dia mengambil masa 5 hari untuk menyiapkan persalinan tersebut. Rico turut berkongsikan perkara menarik tentang busana tersebut dimana ianya menggunakan kain songket Palembang pemberian ibu mertua Elfira.

Dalam pada itu, Rico memberitahu sebanyak 50,000 biji manik digunakan untuk menyiapkan busana Elfira. Dedah Rico lagi, selama 70 jam dan 11 artisan diperlukan untuk menyiapkan baju tersebut dan harga persalinan itu mencecah RM30,000.

Mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya

SGMS Enal