Categories: Filem

Betul Ke Filem XX Ray III Antara Filem Sci-Fi Yang Ditunggu-tunggu?

Filem bergenre sains fiksyen yang begitu popular sekitar tahun 90-an ini pastinya ditunggu-tunggu terutamanya bagi mereka yang membesar bersama-sama filem arahan Aziz M.Osman.

Seringkali mendapat sambutan box office pada XX Ray I dan XX Ray II kini setelah 24 tahun, XX Ray III muncul menemui peminatnya sekaligus melengkapkan siri filem tersebut sebagai sebuah trilogi.

Menurut Aziz M. Osman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Long, idea bagi mengahsilkan filem XX Ray III ini tercetus pada tahun 2015 apabila mendapat desakan peminat filem bergenre fiksyen.

Sidang Media Tayangan Malam Gala Filem XX Ray III di Ecurve, Damansara semalam.

” Desakan peminat filem tempatan yang merasakan filem fiksyen sains ini kurang dihasilkan oleh karyawan filem kita merupakan antara faktor saya menghasilkan XX Ray III. Sekalipun mengambil masa yang agak lama namun saya percaya jenama XX Ray masih relevan.” Katanya ketika ditemui pada Malam Gala XX Ray III di Ecurve, Damansara semalam.

Filem XX Ray III ini mengambil masa selama 40 hari waktu penggambaran yang merangkumi dua peringkat. 

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem XX Ray III ini ialah, Izzue Islam, Adam John, Saiful Apek, Dazrin Kamaruddin, Nonni Nadirah, Asyaraf Muslim, dan Ardell Aryana.

Ketika ditanya mengenai pemilihan pelakon, Aziz meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada bakat pelakon-pelakon muda ini. 

Jadi, kepada semua peminat filem XX Ray I dan II, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesinambungan cerita ini menerusi XX Ray III yang bakal menemui semua peminatnya pada 24 Januari 2019 di pawagam yang berdekatan.

Salma Syahbuddin