Categories: Gaya Hidup

Inilah jenis minyak wangi yang Puteri Diana pakai setiap kali keluar rumah

Mendiang Puteri Diana dikenali dengan pelbagai perkara: kerja amal, sifat belas kasihan, sifat pemalu dan semestinya status ikon fesyen.

Sebagai individu yang kerap berada di khalayak ramai, pasti tertanya apakah jenama kosmetik yang digunakan atau apakah wangian yang beliau gemari?

Menurut sumber yang rapat dengan mendiang, haruman yang digemari adalah gabungan orange blossom, bunga gardenia, buah pic dan amber.

Rupa-rupanya beliau tidak pernah keluar rumah tanpa menyembur wangian!

“Dia selalu sangat pakai minyak wangi,” kata bekas jurusoleknya Mary Greenwell kepada ABC News. “Ia sebahagian daripada dirinya yang elegan apabila dia berjalan keluar dan berbau harum serta tampak hebat.”

Minyak wangi yang diperkatakan itu adalah Hermès 24 Faubourg.

Foto: Hermes

Ini bukannya satu-satunya wangian yang mendiang pakai. Pada hari perkahwinannya, beliau memakai Quelques Fleurs, sejenis wangian berbunga yang menampilkan gabungan tuberose, bunga ros dan bunga melati.

Inilah antara rahsia Puteri Diana yang ramai tidak tahu sehingga kematiannya pada 31 Ogos 1997.

Menantunya, Kate Middleton juga mengikuti jejak langkah Puteri Diana dengan memakai wangian bunga.

Bila dia mengahwini Putera William pada tahun 2011, dia memakai White Gardenia Petals oleh jenama Illuminum.

Sumber: Reader’s Digest

Ad Ops