Hiburan By: SGMS Faida June 6, 2019 @ 6:00pm

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan sudah bertunang dengan gadis pilihannya, Nurida Suraya, hari ini.

Rizman yang merupakan pereka fesyen yang sering menjadi pilihan penyanyi terkenal tanah air mengambil keputusan bertunang selepas setahun lebih mengenali hati budi.

“Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam masa sama, sahabat baik kepada aktres Nur Fazura ini memohon agar urusan ke fasa seterusnya dipermudahkan Allah.

Difahamkan, majlis pernikahan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Berita pertunangan Rizman dan Nurida Suraya turut dikongsi di Instagram pasangan sama cantik sama padan ini.

Rata-rata pengikut Rizman mengucapkan tahniah dan berdoa agar urusan perkahwinan pereka fesyen kesayangan ramai ini segera lancar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

MIRA FILZAH TUKAR ANGIN?

Mira berkata dia sudah bersedia menerima segala kritikan dan kecaman netizen sepanjang dia mengendalikan program tersebut

Hiburan Wed, 27 Dec 2023
Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!