Hiburan By: SGMS Faida February 26, 2019 @ 2:00pm

Bakal Bawa Lagu Asli, Ella Janji Persembahan Luar Biasa Di Konsert Unplugged Bulan Depan!

Ratu rock negara, Ella Aminuddin memaklumkan persiapan untuk konsert Unplugged sulung yang berlangsung Mac ini telah siap 50 peratus. 

Menariknya, konsert sempena 30 tahun penglibatan Ella dalam karier nyanyian ini menjanjikan kejutan hebat.

“ Persiapan separuh sudah disiapkan cuma buat masa ini dalam proses fokus kepada susunan muzik, kesan visual dan konsep pentas. Penekanan diberikan dalam soal teknikal buat masa sekarang.

“ Penglibatan yang ramai termasuklah pemuzik kanak-kanak membuatkan saya lebih teruja. Konsert ini juga bakal memberikan mereka pendedahan terbaik bagi memantapkan pengalaman sedia ada,” katanya kepada XTRA.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin juga memberitahu mencabar dirinya yang bakal menampilkan sisi berbeza.

“ Sebelum ini saya belum ada konsert khas unplugged yang mana pada malam itu nanti persembahan akan dibahagi kepada tiga segmen iaitu peace Ella, Love Asli dan Rindu Rock & Roll.

“ Peminat dapat mendengar lagu-lagu lama yang menggamit memori mereka. Saya turut menyanyikan sebuah lagu asal rock yang akan ‘diaslikan’,” katanya yang bakal mempersembahkan 24 buah lagu termasuk empat lagu Medley.

Terdahulu, Ella pernah membuat kejutan dengan membawakan 100 pemuzik di sidang media Konsert Ella 2016

Korang boleh dapatkan tiket Konsert Ella Unplugged In KL pada harga RM 179 hingga RM 519 yang boleh dibeli di www.proticket.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]

Hiburan Tue, 16 Aug 2022
Events Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Tak Sabar Bawa Si Pipi Merah Beraya – Siti Nurhaliza

Pastinya sambutan aidilfitri kali ini buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat istimewa sekali

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Anak Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan, Syukur!

Syukur Alhamdulillah…semoga terus kuat Billy!

Hiburan Fri, 3 Nov 2023