Hiburan By: Maya Basir August 16, 2022 @ 3:33pm

“Saya Pantang Orang Kacau Keluarga Saya” – Isteri Aizat Amdan Terkejut Dengan Komen Netizen

Isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia membuat teguran secara terbuka terhadap segelintir netizen yang melemparkan komen yang memerli bentuk badan dan menghina keluarganya.

Memetik laporan Getaran, bergelar isteri kepada penyanyi terkenal tanah air dia tidak dapat lari daripada menerima tempias populariti suaminya dan sering menjadi perhatian orang ramai terutama di platform media sosial.

“Saya tak kisah orang tegur tentang perangai saya, tapi jangan sentuh tubuh badan saya. Saya berpendapat kita tidak patut hakimi orang berdasarkan kepada apa dia pakai, tapi kita hakimi seseorang kerana perangai dia.

“Saya tak suka tak apa, jangan cakap benda yang kejam di laman Instagram saya,” katanya.

Menurut Elyssa yang juga merupakan pengurus Aizat mendedahkan komen tersebut bukan sahaja mengeluarkan kata-kata biadap terhadap dirinya dan turut menghina ibu bapanya.

“Ada juga yang cakap benda menyakitkan hati terhadap ibu bapa saya. Kerana pakaian saya, ada yang tuduh bapa saya tak ajar saya sembahyang. Saya mungkin okey, tapi mak ayah saya tak okey.

“Saya pantang orang kacau keluarga saya. Nak kata saya bodoh ke bangang, I’ll take it tapi jangan sentuh keluarga saya dan tubuh badan saya.

“Memang pakaian saya orang kata tak cukup kain. Tapi saya cuba ubah sedaya upaya. Saya percaya untuk berubah, ia haruslah bermula melalui hati dahulu. Buat apa saya pakai tudung tapi tak sembahyang, merokok dan biadap?,” ujarnya.

Terdahulu, Elyssa sah menjadi isteri Aizat dengan hanya sekali lafaz sahaja pada Ahad lalu di A-Park, Puchong.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Trending Tue, 15 Oct 2019

“One of the Most Intricate Creations”, Sarawak’s Kek Lapis Became the Spotlight of a Famous British Baking Show

Food has always been a pride for Malaysians; and when any of our foods got featured on the big screen, everyone went wild!

Trending Tue, 28 Jan 2020
Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

“Mak Tak Kuasa Nak Layan Kau Semata-mata Layan Glamour Kau, Tanpa Pengisian Ilmu,” Cara Bonda Nasihat Aliff Syukri

Hubungan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Sri Hajjah Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang sarat mengandungkan anak mereka yang kelima, umpama retak menanti belah dan mereka dikatakan kini tinggal berasingan.  Dalam pada […]