Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Halimey Zamal December 6, 2022 @ 11:31am

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni.

Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada selagi mana ia halal dan bermanfaat.

“Dia tidak memberi sebarang halangan kepada saya untuk meneruskan yang apa saya buat pada saat ini.

“Cuma Insya-Allah kami bersepakat untuk fokus pada perniagaan, mengambil segala peluang yang ada, semoga ini juga menjadi jalan rezeki kita yang barakah,” katanya ketika ditemui XTRA.

Mengulas mengenai ciri-ciri yang ada dalam diri Hana, Syed gemar dengan kerajinan Hana yang sering menghadiri majlis ilmu dan mempunyai budi pekerti baik.

Perkara itu menyebabkan dia terbuka hati untuk menjadikan Hana sebagai seorang isteri.

“Keistimewaan Hana banyak. Antaranya dia cantik, budi pekertinya elok, seorang yang budi bahasanya baik dan dia juga antara orang-orang yang suka ke majlis-majlis ilmu.

“Maka ini adalah sebuah kurniaan yang Allah berikan kepada dia dan apa yang Allah bagi kepada dia itulah sedikit sebanyak boleh menyempurnakan hidup saya,” kata Syed.

Terdahulu, Syed dan Hana telah diijabkabulkan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 3 Disember 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Nov 2024

Altimet Dedah Gaji Cecah RM16,000 -“Macam Kakitangan Kerajaan Juga, Ada Kemudahan Loan Beli Rumah & Kereta”

Altimet berkongsi bahawa gaji yang diterimanya kini mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.

Featured Wed, 3 Feb 2021
Hiburan Sat, 29 Dec 2018

《比悲伤》首日开映票房破百万!导演林孝谦放话「带双豪来谢票」

《比悲伤更悲伤的故事》首日开映票房累积破百万令吉!导演林孝谦放话 “带刘以豪和张书豪来谢票!”

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

李佩玲与玛莎携手开唱!1231多元种族跨年盛宴

红遍海内外的两名19岁大马巨肺型歌手李佩玲和玛莎将于12月31日,以其天籁高音唱响云顶云星剧场,与国人倒数迎接全新的2020年!

error: Content is protected !!