Bakal Berkahwin Selepas 8 Tahun Penantian, Ini Sebab Mengapa Mimi Lana Pilih Syafiq Kyle…

Pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana terus menjadi perhatian apabila bakal melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa sahaja.

Terbaharu, menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan, Mimi Lana berkongsi sifat peribadi Syafiq yang membuatkan dia jatuh hati kepada pelakon filem Polis Evo 3 itu.

“Saya rasa sebab dia (Syafiq) seorang yang selalu cakap minta maaf.

“Dia mengaku salah dia, tak lari.

“Handsome ramai, yang baik tu, susah, sebab itu dia mengambil masa sehingga lapan tahun” ujar Mimi.

Tambah pelakon drama Perempuan Itu lagi, dia menyifatkan Syafiq seorang yang mementingkan keluarga.

“Syafiq dia seorang yang sangat ‘family man’.

“Dia sangat sayang-sayang ibu dia, daripada situ juga saya judge dia punya personaliti.

“Seluruh keluarga saya juga suka dia,” kongsi Mimi.

Disoal adakah akan meletakkan syarat tertentu kepada pasangan selepas berumah tangga kelak, ini jawapan Syafiq dan Mimi.

“So far kami flow sahaja.

“Nak letak syarat pun, kami juga baru lagi. Kami baru pertama kali nak kahwin, bukan dua kali.

“Kami juga tahu batas-batas sebagai suami isteri. Kadang-kadang kalau kita tak cakap lagi okay daripada hati,” ujar mereka.

Terdahulu, Syafiq meluahkan rasa syukur apabila segala persiapan hari bahagianya sudah 100 peratus selesai.

Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Mimi Lana Sambut Birthday Syafiq Kyle Curi Perhatian! Netizen Pula Komen: “Romantik Juga Khalish Ni”

Khairil Khusyairi