#ThrowbackXTRA: Khatijah Ibrahim Kongsi Kisah Duka Sepanjang 45 Tahun Bergelar Anak Seni

Setiap insan yang bergelar anak seni, pasti ada kisah pahit dan manis yang pernah dilalui dan menjadi pembangkit untuk mencapai tahap kejayaan yang diimpikan.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA kali ini, penyanyi lagenda Datuk Khatijah Ibrahim tampil berkongsi kisah dukanya sepanjang 45 tahun bergelar anak seni.

Menurut Khatijah atau lebih mesra disapa ibu Khatty, dia pernah melalui dua fasa sedih dalam hidupnya disaat meniti kejayaan sebagai seorang penyanyi.

“45 tahun saya dalam industri ni, saya sedih dua kali sahaja. Pertama, masa album pertama saya keluar saya kehilangan bapa saya. Album kedua saya keluar, saya kehilangan ibu saya.

“Niat saya menjadi seorang penghibur untuk berikan mereka segala-galanya sebab saya rasa mereka dah penat bagi kita macam-macam dalam kehidupan saya.

“Tapi bila saya ingin berikan sesuatu yang terbaik dalam hidup saya, mereka tiada. Apabila mereka sudah tiada, saya salurkan karier saya kepada seluruh ahli keluarga saya dan masyarakat.

“Jadi saya rasa sebab itu ibu bapa pergi terlalu awal, dia nak saya luaskan rezeki itu sebanyak mungkin kepada yang memerlukan. Dan itulah yang buatkan saya paling happy,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh ibu Khatty ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia, baru-baru ini.

Fatin Nurain