[VIDEO] Amelia Henderson Suruh Aedy Ashraf Buat Trend ‘Aged’ Siap Bagi Pujian, Netizen Ikut Blushing!

Pasangan sedang hangat bercinta, Amelia Henderson dan Aedy Ashraf mencuri perhatian netizen apabila mereka membuat trend melihatkan wajah mereka masa tua.

Menerusi perkongsian di TikTok Amelia, seorang pengikut menyuruh Aedy untuk turut menggunakan ‘filter’ tersebut dimana Amelia sudah memintanya terlebih dahulu.

“Lepas ini suruh Aedy Ashraf buat,” minta pengikutnya.

“Dah,” jawab Amelia.

Kemudian, Aedy juga memuat naik video menggunakan ‘filter’ itu dan dipercayai sedang duduk bersebelahan kekasihnya.

Meninjau di ruangan komen, Amelia turut meninggalkan pujian bahawa Aedy tetap kacak meskipun wajahnya sudah tua.

“Handsome,” ujarnya.

@aedyxashraff♬ Somewhere Only We Know – Zerua

Rata-rata netizen mengatakan mereka berdua sangat sepadan dan setuju dengan pujian berkenaan.

“Dia punya blushing sampai sini.

“Sepadan both of you.

“Of course la handsome tengok la boyfriend siapa pulak,” balas netizen.

Maya Basir