Dekta Request Watie Hanifiah Nyanyi, Netizen Komen : “Kami Restu! Nampak Sangat Anak-Anak Happy, Shuib Memang Buat Pilihan Tepat”

Gelagat anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, Dzahira Talita Zahra atau dikenali sebagai Dekta mencuri perhatian selepas video pendek yang dikongsikan di TikTok tular.

Menerusi perkongsian tersebut, Dekta kelihatan meminta Watie Hanifiah untuk menyanyikan apa sahaja lagu akibat terlalu bosan.

Mendengar permintaan anak kecil itu, Watie tanpa berlengah mendendangkan lagu ‘favourite’ Shuib berjudul Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian Kumpulan ST12.

“Dekta ni ajak mummy nyanyi lah,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Dalam pada itu, melihat keakraban dan layanan Watie terhadap Dekta, rata-rata warganet berpendapat bahawa Shuib telah membuat pilihan yang tepat, apatah lagi isterinya itu memiliki suara mirip seperti arwah Sarah.

Bahkan, rata-rata pengikut di laman berkenaan juga mendoakan agar Watie menjadi ibu dan isteri yang baik kepada Shuib dan anak-anak.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Pada majlis yang berlangsung cukup sederhana itu, Shuib telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.Gelagat anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, Dzahira Talita Zahra atau dikenali sebagai Dekta mencuri perhatian selepas video pendek yang dikongsikan di TikTok tular.

Menerusi perkongsian tersebut, Dekta kelihatan meminta Watie Hanifiah untuk menyanyikan apa sahaja lagu akibat terlalu bosan.

Mendengar permintaan anak kecil itu, Watie tanpa berlengah mendendangkan lagu ‘favourite’ Shuib berjudul Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian Kumpulan ST12.

“Dekta ni ajak mummy nyanyi lah,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Dalam pada itu, melihat keakraban dan layanan Watie terhadap Dekta, rata-rata warganet berpendapat bahawa Shuib telah membuat pilihan yang tepat, apatah lagi isterinya itu memiliki suara mirip seperti arwah Sarah.

Bahkan, rata-rata pengikut di laman berkenaan juga mendoakan agar Watie menjadi ibu dan isteri yang baik kepada Shuib dan anak-anak.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Pada majlis yang berlangsung cukup sederhana itu, Shuib telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Salma Syahbuddin