Bakal Bertunang, Kali Ini Joy Revfa Pilih Pelakon

“Saya kini dalam fasa bahagia,” luah usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin.

Lebih manis, dia mendedahkan bakal bertunang dengan pelakon dan usahawan asal dari Kuantan pada tahun ini.

“Hari ini saya sangat bahagia. Persediaan, tak ada lah sangat tapi kini dalam proses merapatkan hubungan keluarga.

“Saya belum bersedia mendedahkan siapa dia. Takutlah! sebab nanti ‘dicucuk’ pihak lain dan orang nak menjauhkan kami,” katanya.

Katanya, dia tidak kisah bakal suami terbaru seorang selebriti kerana yang penting adalah mencari imam terbaik yang boleh membimbing dia dan anak.

“Ya lah, memang saya pernah berkahwin dengan selebriti juga tapi saya anggap nak ‘terjodoh’, nak buat macam mana.

“Lagi pun saya seorang usahawan dan ramai pengikut, saya tak kisah mengenali sesiapa pun sebab yang penting ada keserasian,” katanya.

Joy berkata bakal suami terbarunya ini tiada masalah jika identitinya tidak mendedahkan kepada khalayak.

Dalam pada itu, ramai beranggapan selebriti dimaksudkan adalah pelakon Sheikh Zulfahmy Reza atau lebih dikenali sebagai Fahmy Reza yang juga pelakon drama Dia Semanis Honey dan Biar Aku Jadi Penunggu.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dua kali, kali terakhir bersama penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun bercerai pada Oktober tahun sama.

SGMS Faida