Categories: Trending

Lepas New Zealand, Perancis Pula! Penembak Lepas Tembakan Di Masjid, Imam Cedera

Seorang penembak bertindak melepaskan tembakan secara rambang di sebuah masjid daerah Brest, Perancis pada Khamis semalam menyebabkan imam masjid dan seorang orang awam tercedara, penembak tersebut dipercayai melarikan diri sebelum ditemui meninggal dunia. 

Motif utama di sebalik tembakan yang berlaku di daerah Brest, Brittan masih menjadi tanda tanya. Berikutan insiden itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Christophe Castaner memaklumkan bahawa kawalan keselamatan di tempat ibadah di Perancis akan diketatkan.

Imam Rachid El Jay dipercayai mengalami kecederaan  selepas terkena empat das peluru tembakan, seorang lelaki yang juga orang awam cedera akibat terkena dua das tembakan, walaubagaimanapun kecederaan kedua-duanya tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa. 

“Imam Rachid El Jay terkena dua das tembakan di bahagian perut dan dua lagi  di bahagian kaki. Seorang orang awam cedera di kaki akibat dua das tembakan”, ulas CFCM (French Council of the Muslim Faith). 

Insiden tersebut dipercayai berlaku pada jam 4 petang, pihak polis memaklumkan suspek  ditemui mati berdekatan kawasan lapangan terbang, 10 kilometer dari kawasan masjid, bersama tembakan di kepala dipercayai tindakan membunuh diri. 

Seorang saksi dan juga ahli farmasi, Thierry Ropars berkata “insiden itu berlaku sepantas kilat, saya mendengar enam atau tujuh tembakan dilepaskan apabila saya keluar dari farmasi saya melihat dua orang lemah terlantar di luar, tidak jauh dari kawasan masuk masjid. Mereka cedera di bahagian abdomen dan kaki”, tambah beliau.

Beliau kemudiannya memberi rawatan kepada mangsa sebelum kecederaan menjadi lebih kritikal.

Christophe Castaner, di laman Twitternya memaklumkan beliau telah mengarahkan pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat ibadah di seluruh daerah. 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”