Bakal Jadi Isteri, Zahirah Macwilson Imbas Zaman Persekolahan…

Sejak akhir-akhir ni ramai pula artis yang gemar buat #throwback momen zaman lalu.  Mungkin sebagai coretan dan buat kenangan kehidupan dahulu dan sekarang dan pelakon jelita Zahirah Macwilson juga tidak terkecuali. 

Berkongsi foto sewaktu berumur di dalam lingkungan 16-18 tahun, Zahirah terkenang memori sewaktu bersekolah di luar negara 

 

“Mengimbas kembali foto ketika berumur 16-18 tahun.  Prom sekolah, rakan dari sekolah tinggi, impian remaja dan sambutan hari jadi.  Rindu momen-momen seperti ini! 

“Dari umur 2 tahun Ira pindah duduk kat Sheffield, England.  Umur 12, pindah pula ke Perth, Australia.  Sekarang, balik dan bekerja di KL,” tulis Zahirah. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji kecantikan pelakon yang membahasakan dirinya Ira ini dan ada yang mengusik meminta Zahirah berkongsi gambar bekas kekasih sewaktu di alam persekolahan. Bacalah saja komen-komen netizen!

Memang tak ada beza, malah Zahirah kelihatan semakin cantik sekarang walaupun bukan lagi usia remaja. 

Untuk rekod, Zahirah telah mengikat tali pertunangan dengan aktor Aiman Hakim Ridza pada Jun lalu dan akan mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya itu pada tahun hadapan. 

Sumber foto: Instagram @zahirahmacwilson

Del14