Kongsi Foto Lama, Peminat Gembira Impian Haqiem Rusli Tercapai

Penyanyi berbakat, Haqiem Rusli yang terkenal dengan lagu Segalanya, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun duet bersama Aman Ra berkongsi foto lama sewaktu mula-mula menapak dalam bidang seni di akaun instagramnya. 

“Boleh tak saya jadi penyanyi yang menghiburkan awak dengan muzik saya satu hari nanti,” tulisnya di foto tersebut yang memaparkan dirinya sedang bermain gitar. 

“Satu masa dahulu.. #2014,” kapsyen ringkas yang ditulis oleh pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli ini. 

 

 

Posting yang meraih lebih 30 ribu likes ini menerima komen-komen dari netizen yang bangga dengan pencapaian Haqiem hari ini dan rata-rata ramai yang menyifatkan impian Haqiem telah pun menjadi kenyataan. 

Kerjaya seni Haqiem sebenarnya bermula dari tahun 2008 lagi sewaktu baru sahaja berusia 10 tahun di mana dia telah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil dan berjaya menjadi Naib Juara. 

Lagu-lagu Haqiem iaitu Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun (duet bersama Aman Ra)  pernah memasuki pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-32 dan ke-33.

 

 

 

Sumber foto: Instgram @haqiemrusli98_

Del14