Bakal Masuk Set Nur 2, Syafiq Kyle Buat Persediaan Lebih ‘Segar’

Cemerlang membawa watak Ustaz Adam menerusi drama rantaian popular, Nur yang ditayangkan pada Ramadan lalu sudah tentu menjadi penanda aras bagi pelakon Syafiq Kyle.

Tak lama lagi, tenaga kerja produksi drama Nur 2 bakal masuk ke set penggambaran bagi menyambung drama bersiri yang mencipta fenomena luar biasa itu.

Bagi Syafiq, dia tidak nafikan keterujaan untuk masuk ke set dan sekurang-kurangnya dengan pembikinan Nur 2, ia menjadi alasan untuk mereka berkumpul sekali lagi.

“ Persediaan saya macam biasa…Seperti sebelum saya masuk ke set penggambaran drama lain. Walaupun drama Nur 2 adalah sebuah drama sambungan, tetapi persediaan saya sebelum masuk ke set semestinya lebih ‘segar’.

“ Dalam masa sama, sebelum saya masuk ke set Nur 2, saya perlu masuk ke dua set penggambaran drama lain. Insha Allah, saya akan lunaskan tanggungjawab sebaik mungkin, doakan. Saya faham, penonton dan peminat semestinya ternanti-nanti persembahan yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya kepada xtra.com.

Nur disiarkan melalui slot Samarinda di TV3 pada 14 Mei lalu.  Drama rantaian ini memaparkan kisah Adam lakonan Syafiq, iaitu anak kepada penceramah selebriti terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan).

Adam yang mahu menggantikan tempat ayahnya sebagai pendakwah, berkenalan dengan seorang wanita, iaitu Nur lakonan Amyra, yang akhirnya diketahui pelacur yang mahu mendekati agama. Sama-sama kita tunggu sambungan drama Nur di TV3 nanti ya, pasti lebih hebat!

 

SGMS Faida