Categories: Filem

Ubah Persepsi Tonton Filem Munafik 2, DS Shahida Pesan Sila Buka Mata Dan Buka Hati

Sebut sahaja Munafik 2, rata-rata rakyat Malaysia telahpun menonton filem yang ditunggu-tunggu sejak kemunculan filem Munafik 1 pada 25 Februari 2016. Malah, filem ini walaupun baru sahaja ditayangkan ianya sudah menjadi antara filem pecah panggung pada tahun 2018.

Filem bergenre seram ini nyata memberikan impak yang cukup besar buat peminat pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Ternyata naskahnya kali ini, amat membuka mata sesiapa sahaja yang telah menonton filem arahan beliau.

Bagi isteri kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, DS Shahida beliau tidak melepaskan peluang untuk menonton cerita hebat ini bersama anak-anaknya. Menurut DS Shahida, beliau menangis menyaksikan filem ini bukan kerana takut, tetapi kerana mesej yang hendak disampaikan kepada penonton.

 

Mesti korang semua pelik kan? Kenapa mesti menangis dan kenapa bukan takut seperti ramai yang memperkatakan filem ini adalah antara filem seram yang pernah dihasilkan di Malaysia? Ini jawapan win DS Shahida buat followers dan peminat filem tersebut.

 

Wah! Bukan semua orang akan menangis menonton cerita ini kan? Mungkin bagi sesiapa yang betul-betul menghayati dan menjiwai jalan cerita dan mesej tersirat yang terdapat dalam filem ini pastinya akanmelakukan perkara yang sama. Jadi, mungkin korang diluar sana atau sesiapa sahaja yang berhajat mahu menyaksikan filem ini, rasanya korang dah boleh ubah persepsi korang mungkin?
Salma Syahbuddin