Bakal Terbitkan Novel ‘7 Hari Istikharahku’, Dai Syed & Hana Ismail Kongsi Kisah Suka Duka Dalam Buku

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail mengumumkan mereka bakal menerbitkan sebuah novel yang berjudul ‘7 Hari Istikharahku’ tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Syed telah mengumumkan berita tersebut dan memohon agar orang ramai mendoakan urusan penerbitan buku itu dipermudahkan.

“#CeritaMalamTadi, Kami sedang siapkan Novel ‘7 Hari Istikharahku’. Doakan,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Syed turut berkongsi videonya memujuk sambil memeluk isterinya, Hana yang sedang menangis ketika membuat suatu perkongsian yang tidak dinyatakan menerusi Igs.

Malah, Syed juga menyatakan novel tersebut bakal mendedahkan segala kisah suka duka mereka berdua.

“Saya sentiasa ada dengan awak okay! Walaupun sentiasa buat lawak tak kena tempat. Semua luahan perasaan ini kami nukilkan dalam Novel ‘7 Hari Istikharahku’,” katanya.

Sebelum ini, Syed pernah mendedahkan detik permulaannya ingin mengenali dan mengahwini Hana menerusi bantuan Datin Seri Umie Aida.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bantuan Umie Aida, Rupanya Dai Syed Malu Nak Berkenalan Dengan Hana Ismail

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak Mandi Hujan, Dai Syed Akur Layan Ragam Hana Ismail

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Khusyuk Berbahasa Arab, Hana Ismail Tidak Sengaja Terpanggil Dai Syed ‘Keldai’

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikritik Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Selepas Berkahwin, Dai Syed Sarkastik Bidas Komen Netizen 

Fatin Nurain