Imaginasi Terlalu Tinggi, Anak Achey Minum Air Menerusi Permainan Mudah Alih

Pelawak terkenal, Achey terkejut apabila anaknya, Nur Tiara Zinnirah ‘minum air’ menerusi permainan mudah alih di telefon pintar.

Menerusi perkongsian yang dimuat di laman Instagram, Achey pelik kerana terdengar bunyi air ketika berada di dalam kereta.

“Mana datang bunyi air ni?” soal Achey.

Namun, rupa-rupanya bunyi tersebut terhasil daripada permainan mudah alih anaknya yang sedang meminum air secara maya.

“Kakak buat apa? Minum air? Apa benda ni?

“Ya Allah, imaginasi kau sampai macam tu kakak.

“Ya Rabbi, ada pula benda macam ini, ahhh peninglah kakak,” katanya lagi.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet terhibur dan ada juga memberitahu anak mereka juga sama seperti anak Achey.

“Hahahah dia ikut imaginasi bapaknya lah.

“Sama dengan anak main game ni, beria tonggeng telefon macam minum betul-betul.

“Samalah dengan budak kat rumah ni Achey, macam tiada air kat dalam rumah ni. Lepas itu, suruh kita pula yang minum dari telefon tu,” komen warganet.

Halimey Zamal