[VIDEO] Anak Staff Hafiz Mahamad Kena Gangguan Seksual Di Taska, Doktor Sahkan Ada Kesan Di Kemaluan – “Cikgu Masuk Dalam B****t”

Perkongsian terbaharu usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad telah meraih perhatian ramai yang bersimpati atas nasib menimpa salah seorang pekerjanya.

Hafiz memuat naik sebuah video memaparkan perbualan antara pekerja yang merupakan ibu tunggal bersama anaknya meluahkan rasa sakit di bahagian kemaluan, akibat gangguan seksual oleh guru di taska.

“Tadi saya dan isteri terus ke hospital. Doktor sahkan memang ada kesan di k***luan. Bila sampai dan tengok tadi, kesian sangat. Ibunya menangis dan cerita anaknya banyak termenung. Ini team saya, anak dia saya anggap seperti anak sendiri.

“Saya serahkan pada pihak polis dan semoga ada tindakan cepat diambil. Video ni, saya minta keizinan team saya untuk di share.

“Saya harap, “manusia” semakin takut untuk perlakukan kanak -kanak macam ini lagi. Dengan izinnya, Allah sentiasa bersama kalian,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Hafiz meluahkan rasa marah terhadap individu yang tidak beradab kerana sanggup melakukan perkara jijik terhadap kanak-kanak kecil.

Ramai dalam kalangan netizen meminta si pelaku untuk ditangkap dan mendoakan agar segala urusan buat ibu tunggal dan anak kecil itu dipermudahkan.

Aqilah Paharuzi