Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.

Menerusi perkongsian Ajak di laman Instagram, anaknya, Nada Soffea sedang sibuk menjaga abangnya, Mohamad Had Thaqif yang sedang sakit.

Sementara itu, Ajak sempat menitipkan pesan buat anak-anaknya di ruangan kapsyen untuk saling menghargai satu sama lain kerana ikatan persaudaraan tidak akan pernah terputus.

“Kemain sayang dia dekat Abang Had dia.

“Kalau ada bercerekau, kalau tiada bukan main rindu.

“Walau apapun nanti, sayang adik beradik ye Jad, Had, dengan Nada,” tulis Ajak.

Meninjau di ruangan komen, warganet mendoakan kesembuhan Had dan bersetuju hubungan adik beradik sentiasa bergaduh tetapi bila berjauhan, timbul rasa rindu.

“Moga cepat sembuh ya nak.

“Adik beradik memang macam ni, bila dekat gaduh, bila jauh pandai pula cari.

“Cara anak-anak ni berkasih sayang kadang-kadang kita yang dewasa ni susah nak duga kan, tapi seriously sweet sangat,” tulis netizen.

Halimey Zamal