“Bang… Saya Lock Bulu Kaki! ” – Tayang Foto Berseluar Pendek, Netizen Tegur Remy Ishak

Pelakon popular, Remy Ishak dilihat tampil berani dalam memperagakan busana dari jenama mewah terkenal antarabangsa, Dior menerusi Instagram miliknya.

Perkongsian yang kini telahpun mendapat lebih 16,000 tanda suka itu menunjukkan Remy sedang menggayakan  baju kot berwarna hitam dan berseluar pendek sehingga menampakkan pehanya.

“Musim baru, gaya baru. Cara terbaik untuk bergaya musim ini. Ia mestilah Dior,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Justeru itu,  foto yang dimuat naik tersebut mendapat pelbagai respon dalam kalangan netizen sehingga ada yang menegur tindakan beliau yang dilihat tidak peka dengan penjagaan auratnya.

Namun, tidak kurang juga ada diantara follower beliau yang terhibur dengan penampilan terkini Remy sehingga ada dikalangan peminatnya yang berseloroh mahu ‘lock’ bulu kaki pelakon filem Pulang ini.

Salma Syahbuddin