“Wow, Tokyo Malaysia Ke Ni?” – Mimi Lana Tampil Berani Dengan Gaya Rambut Mullet

Pelakon dan model popular, Mimi Lana kelihatan semakin berani apabila tampil dengan gaya rambut mullet ketika membuat kemunculan pada sebuah anugerah baru-baru ini.

Malah, penampilan tersebut juga turut mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya terkejut namun teruja dengan penampilan beliau yang seakan-akan watak Tokyo dalam siri drama popular Netflix, Money Heist.

Tampil berani dengan gaya rambut mullet terbarunya, Mimi terus mendapat jolokan ‘girl crush’ dalam kalangan warganet yang menyifatkan bukannya mudah untuk seseorang individu mengorbankan rambut panjang demi tampil dengan gaya sedemikian.

Difahamkan, sebelum ini Mimi juga pernah menukar warna rambutnya menjadi warna kelabu persis watak Rogue dalam filem X-Men selain turut disamakan dengan penyanyi antarabangsa, Agnes Mo.

 

Salma Syahbuddin