Bangga Adik Berjaya Bergelar Pramugari, Bella Astillah Dedah Cita-Cita Sewaktu Kecil – “Cikgu & Kawan-Kawan Rapat Pun Tahu”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan cita-cita asalnya adalah untuk menjadi seorang pramugari.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memuat naik semula berita adiknya yang juga seorang pelakon iaitu Didi Astillah berjaya menamatkan kursus kru kabin untuk bergelar pramugari.

Malah, dia menyatakan rasa bangga dengan Didi yang seakan merealisasikan impiannya sejak dari kecil.

“To be honest, dari kecil ni lah cita-cita Bella. Cikgu dan kawan-kawan yang rapat pun tahu.

“Thank you adik tolong capaikan cita-cita kaklong. I’m so happy for you and am very proud of you,” ujarnya.

Sekadar info, Didi bergelar pramugari bagi syarikat penerbangan Batik Air Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Malindo Air.

Didi atau nama sebenar Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, turut terlibat dalam bidang seni dan pernah menghasilkan beberapa album sebelum ini.

Maya Basir