Categories: HiburanTrending

Suka Nikmati Makanan Pedas, Cili.. Sabdhi Saddi Masuk Hospital Gara-Gara Apendiks

Pelakon dan penyanyi Sabhi Saddi ditahan wad selama tiga hari di sebuah hospital akibat apendiks.

Perkhabaran duka itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Pelantun lagu Cinta Sesungguhnya itu turut mengakui sikapnya yang gemar makanan pedas telah memberi kesan buruk kepada kesihatannya.

“Kecundang juga akhirnya dengan cili. Suka sangat makan yang pedas last-last kena apendiks,” luahnya.

Setia menemani di sisi, isterinya Rosi Aswani telah menghantar Sabhi di hospital serta menjaganya sepanjang tiga hari dirawat di hospital berkenaan.

Sabhi meluahkan rasa sayangnya kepada isteri tercinta kerana sanggup bersamanya.

“Terima kasih isteriku yang hantar aku ke hospital dan jaga aku selama 3 hari di hospital. So thankful sayang, Rosi Aswani,” tulisnya.

Dalam pada itu, redha dengan kesakitan yang menimpa, Sabhi menganggap ujian tersebut memberi isyarat untuk dia berehat seketika daripada lakonan atau nyanyian.

“Ni la masa untuk saya rehat dari semua aktiviti. Alhamdulillah terima kasih Ya Rabb 🤲 biarkan aku kesembuhan, sakit itu kan untuk menghapus dosa-dosa kecil,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Sabhi diberi kesembuhan segera dan berharap agar dia dapat kembali berlakon atau menyanyi seperti sedia kala.

Syamir Shafie