Categories: Konsert

Isi Ruang Rindu Peminat Dengan Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur

Band pop popular Indonesia Letto bakal kembali ke Malaysia untuk konsert sempena menyambut karier dua dekad pada 12 Januari 2024.

Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur akan mengisi Ruang Rindu peminat di Zepp Kuala Lumpur dengan diiringi elemen istimewa dari Gamelan KiaiKanjeng

“Nah apa yang lebih istimewa pada Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur adalah permainan muzik bersama Gamelan KiaiKanjeng. Bagaimana persembahan tau bunyinya nanti, jangan sampai lupa untuk kita bertemu di konsert in tanggal 12 Januari 2024,”

“Tentu ia akan menjadi momen yang manis merayakan karier kami bersama peminat di Malaysia yang juga banyak mendukung Letto selama kami menekuni bidang muzik,” ujar Noe selaku vokalis.

Menurut Datin Rahizahwati, Pengarah Qew Comm selaku penganjur  menyifatkan persetujuan Letto untuk menjayakan Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur sebagai sebuah kolaborasi yang akan penuh dengan nostalgia.

“Seperti kita ketahui Letto sangat popular menerusi lagu seperti Rang Rindu dan Sandaran Hati selepas memasuki pasaran Malaysia pada 2005.

“Jadi untuk membuka tahun 2024, kami di Qew Comm mencari sebuah kumpulan yang masih mampu menarik minat penggemar sekaligus membawa peminat lama mereka kembali pulang menggamit nostalgia.

“Kami percaya berbekalkan konsistensi dan populariti Letto yang tidak pernah dilupakan, Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur akan menjadi konsert pembuka tahun 2024 yang baik bukan hanya untuk Qew Comm tetapi juga rakan penganjur lain,” ujar Datin Rahizahwati, Pengarah Qew Comm.

Untuk itu, jangan sampai terlepas temujanii bersama Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur pada 12 Januari 2024 di Zepp KL bermula pukul 8.30 malam.

Harga tiket bermula dari RM159 (Permintaan Hati), RM179 (Ruang Rindu), RM249 (Sebelum Cahaya), RM299, (Senyumanmu) dan RM4,000 (VIP Box) serta RM150 (Meet & Greet) boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my

Afiq Kandi