“Bantal Busuk Favorite Dia Tu…” – Netizen Teruja! Ucapan ‘Sweet’ Neelofa Untuk Bilal Sempena Usia Genap 6 Bulan

Sempena usia Muhammad Bilal genap 6 bulan pada Jumaat,  selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor sempat meninggalkan ucapan ‘sweet’ buat anaknya itu.

Malah, Neelofa juga menyifatkan kehadiran Bilal membawa seribu kegembiraan buat dirinya dan suami, Muhammad Haris Ismail.

“Bantal busuk favorite dia tu, tutup mata tengah tidur. Bukan tutup hidung ya.

“Anakku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni. 

“Moga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah swt. Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafidz ya Muhaimin,” tulisnya.

 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah perkongsian foto yang dimuat naik oleh usahawan itu yang membuatkan ramai berasa teruja meskipun Neelofa masih belum mendedahkan sepenuhnya wajah Bilal.

Terdahulu, Neelofa juga sebelum ini dilihat seakan-akan memberi ‘hint’ rupa paras Bilal apabila memuat naik gambarnya sewaktu masih kecil.

 

 

 

Salma Syahbuddin