Tersenarai Antara 100 Lelaki Terkacak 2022, Meerqeen Jadi Calon Tunggal Malaysia

Kejayaan yang diraih menerusi drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini menjadi batu loncatan buat anak muda berusia 21 tahun ini mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Malah, bakat dan rupa yang dimiliki Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini membuatkan beliau tersenarai antara 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022).

Selain tersenarai dalam 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022), Meerqeen juga merupakan peserta tunggal Malaysia yang menerima pencalonan tersebut di salah satu media antarabangsa, TC Candler.

Malah, perkara itu turut dikongsi menerusi satu ciapan yang dibuat di laman sosial, Twitter TC Candler  baru-baru ini.

Tahniah kepada empat calon ini yang secara rasminya dicalonkan sebagai wanita tercantik/ lelaki terkacak 2022. Mana satu kegemaran anda? Teruskan mengundi!” tulisnya.

Bahkan, nama Meerqeen kini sebaris nama bintang popular antarabangsa termasuklah, Bradley Cooper, Liam Hemsworth, The Weeknd, Suga BTS, Song Joong Ki dan ramai lagi.

Terdahulu, pelakon drama rantaian Melur Untuk Firdaus iaitu Anna Jobling juga turut tersenarai dalam 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.

 

 

Sumber: Twitter

 

Salma Syahbuddin