Hiburan By: SGMS Faida March 8, 2019 @ 10:04am

‘ Banyak Lagu Bagus Tapi Belum Pernah Dinyanyikan Live’- Aishah Idam Konsert Solo

Selepas lebih 30 tahun bergelar anak seni, penyanyi senior Aishah meluahkan keinginan mengadakan konsert solo.

Kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia mengimpikan dapat membawa seleksi lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan secara live.

“ Sebelum ini saya sering digandingkan dengan penyanyi lain di pentas sama. Sudah tentu saya akan membawakan lagu yang mesra pendengar. Bukan apa, tak mahulah saya dikata membuat persembahan ‘syok sendiri’ pula.

“ Sebagai penghibur, saya mahu penonton juga menikmati persembahan dengan menyanyikan bersama-sama,” katanya kepada XTRA.

Mengakui memiliki lebih 100 buah lagu dengan lebih 12 buah album, Aishah juga mahu mengetengahkan lagu terbaiknya sebelum ini.

“ Saya percaya sekiranya konsert solo itu berjaya direalisasikan nanti, sudah tentu peminat tegar akan datang menyokong.

“ Di situ mereka pasti tahu rangkaian lagu-lagu yang pernah dirakam oleh saya suatu ketika dahulu. Tidaklah saya hanya menyanyikan lagu sama sahaja,” katanya yang cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu.

Namun begitu, penyanyi yang mula dikenali menerusi kumpulan Aishah & The Fan Club ini tidak bermaksud sudah jemu membawakan lagu hitsnya, Janji Manismu.

“ Saya percaya ramai lagi artis senior lain sentiasa mahu perubahan dalam karier dengan sentiasa mencari lagu yang sesuai dengan keadaan.

“ Di usia sebegini, saya rasa tidak sesuai untuk membawakan lagu-lagu berunsur putus cinta. Saya lebih selesa menyanyikan lagu yang mempunyai kaitan dengan diri sendiri, lagu yang penyanyi itu sendiri harus faham. Barulah mudah untuk menjiwai,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Aishah bakal membuat persembahan di Spectacular Secretaries Week Luncheon pada 25 April 2019 bersama penyanyi Nora dan Alif Nasir di Hotel Palace Golden Horses (PGH). 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak bercinta dengan suami orang.

Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪

Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Tue, 6 Jul 2021

“Doktor Kata Kanser Perut Last Stage..”- Keadaan Ayah Semakin Tenat, Ebit Lew Mohon Doa Ramai

Keadaan bapa kepada Ustaz Ebit Lew yang semakin tenat sejak beberapa bulan lalu semakin mengundang sebak orang ramai. Terkini, beliau sempat berkongsi mengenai keadaan semasa ayahnya yang kini sedang  terlantar di hospital dan menderita. Dalam […]