“Bapak Dia Kau Elak Jumpa, Dengan Boyfriend Bawa Siap Pimpin Tangan… Bullsh*t! – Fizi Ali Hilang Sabar, Dakwa Shakilla Khoriri Penyondol

Penyampai radio sensasi, Fizi Ali kelihatan enggan berdiam diri terhadap hantaran yang dibuat bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri pada Isnin.

Menerusi hantaran terkini di Instastory miliknya, Fizi kelihatan tampil menegur tindakan Shakilla yang melarangnya untuk berjumpa anak tunggal mereka, Nurul Ameena Sofea sebaliknya membawa anak mereka itu berjumpa dengan kekasih hatinya.

“Bapak dia kau larang elakkan jumpa… BF kau bawa jumpa, sipa pimpin tangan anak eh… itu kau claim single hidup seorang? Bullshit,” katanya.

Sementara itu, Fizi yang kelihatan seakan hilang sabar turut mendedahkan bahawa sejak mereka bersama, Shakilla sudah mempunyai kekasih seperti yang didakwa sebelum ini.

“Dari sebelum berpisah kau tak pernah single la perempuan… Ni sebenarnya kau nak kan?

“Konon depan netizen kau acah suci hidup seorang besarkan anak. Lepastu nafikan semua benda.

“Family dia siap terima penyondol tu. Kifarah ada, tak kena dekat diri sendiri nanti kena dekat ahli keluarga sendiri,” jelasnya.

Sebelum ini, Fizi turut berkongsi tangkap layar ibunya yang dilihat memuat naik gambar Ameena semasa kecil.

“Ada orang rindu cucu dia… Sabar ye, sikit je lagi,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Terdahulu, Shakilla menerusi hantaran di Instgaramnya pada Isnin kelihatan menulis nota panjang memohon maaf kepada anaknya kerana terpaksa menjadi dewasa sebelum masanya dan terpaksa melalui liku hidup yang tidak sepatutnya dihadapi.

 

Artikel Berkaitan:“Umi Hanya Melindungi & Pertahan Hak, Maruah Anak Umi… Tak Mungkin Rampas Kebahagiaan Awak” – Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: “Risau Sakit, Dia Alah Dengan…” – Individu Dedah Punca Shakilla Khoriri Halang Fizi Ali Jumpa Anak?

Artikel Berkaitan: Isu Rindu Anak, Shakilla Khoriri Sifatkan Hantaran Fizi Ali Sebagai Murahan… Enggan Berurusan Dengan Orang Ketiga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Hari-hari Doa Untuk Umi” – Anak Shakilla Khoriri Tanya Bila Nak Kahwin Lagi, Perbualan Dua Beranak Ini Buat Ramai Sebak!

 

Salma Syahbuddin