[VIDEO] Meerqeen Kantoi Ajak Keluar ‘Dating’? Ini Respons Ameera Khan… Lucu!

Pelakon sensasi, Meerqeen mencuri perhatian selepas videonya bersama pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Ameera sedang bersedia untuk sesi siaran langsung menjual produk kecantikan dibawah jenama keluarganya sebelum memaklumkan kepada ibunya supaya menghalang Meerqeen untuk mengajaknya keluar.

Menyedari gelagatnya sedang dirakam, Ameera bagaimanapun tidak peduli lantas menyuruh ibunya untuk memberikan alasan kepada aktor tersebut.

“Mama, nanti mama bagitahu dia (Meerqeen) Baby tak boleh keluar.

“Mama cakap dekat dia, kalau nak makan… makan dekat sini. Sebab Baby taknak keluar.

“Ma, nanti mama bagitahu dia okay. Kalau dia tanya mama nak ajak Baby keluar.. Mama cakap tak boleh,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Ameera dan keluarganya menyakat Meerqeen.

Malah, ramai juga yang memuji sikap ibu Ameera yang ‘sporting’ melayan karenah anaknya.

Terdahulu, Ameera dan Meerqeen didakwa pernah menjalin hubungan cinta selepas video mereka keluar bersama ketika berada di Paris viral dan menjadi topik perbualan hangat di platform TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Keluar ‘Dating’ Ketika Berada Di Paris, Kelibat Ameera Khan & Meerqeen Cetus Spekulasi – “Sepadan! Tapi Nak Dengan LMK Poket Kena Tebal”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah Birthday Dapat Kereta Mewah, Netizen Anggap Ameera Khan Bertuah -“Born With A Silver Spoon”

ARTIKEL BERKAITAN:Saling Mengusik Ketika Buat Live, Netizen Anggap Meerqeen & Ameera Khan Secocok

Salma Syahbuddin