Baru 2 Tahun Bergelar Artis, Haqiem Rusli Menang Komposer Muda Berpotensi!

Baru dua tahun bergelar artis, artis yang digelar BBNU ini akhirnya telah berjaya memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2019 dalam sebuah majlis anugerah yang berlangsung semalam.

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli ini pernah meluahkan hasratnya untuk dikenali sebagai seorang komposer dan akhirnya tercapai apabila bakatnya diiktiraf oleh Music Authors Copyright Protection (MACP).

Haqiem juga sebelum ini pernah menyumbang idea dan hasil karyanya buat penyanyi lain seperti Irfan Harris, Sufi Rashid, Tajul dan Usop.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman sosial Instagram miliknya, pelantun “Jatuh Bangun” ini berkesempatan untuk mengabadikan gambar beliau bersama trofi yang dimenanginya beserta ucapan penghargaan atas pencapaian beliau.

 

Menurut Haqiem, anugerah yang dimenanginya ini begitu bermakna sepanjang bergelar anak seni.

“Terima kasih yang menghargai karya saya selama ini,salah satu niat saya nak menyampaikan nasihat-nasihat yang diselitkan di bait bait lirik lagu-lagu saya, award ini sangat bermakna, sangat bermakna dalam kerjaya muzik saya. Terima Kasih”. ucap Haqiem Rusly.

Dalam perkembangan lain, komposer muda yang berusia 21 tahun ini akan bergandingan dengan peserta Mentor Millenia Apex Tajuddin dalam Konsert  #MentorMilenia2019 menerusi lagu duet Kasih Tak Sampai oleh Padi. 

Anyway, tahniah Haqiem!

Syafiqa Irdina