Baru Berniat Nak Berubah Jadi Baik, Timbul Dakwaan Pelakon Lelaki Popular Ini Hamilkan Anak Dara Orang?

Heboh di media sosial berhubung seorang pelakon lelaki yang didakwa telah membuat perbuatan terkutuk sehingga menghamilkan individu wanita tersebut.

Memetik laporan Gempak, berita tersebut mula tersebar di platform TikTok apabila ada individu mendedahkan ‘sisi gelap’ aktor berkenaan.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan menggunakan nama aktor itu serta mengakui dirinya kini sedang mengandung anak kepada aktor berkenaan.

Tidak henti disitu, individu berkenaan juga mendakwa aktor tersebut tidak mahu memikil tanggungjawab serta mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Difahamkan, aktor berkenaan kini baru sahaja mengambil keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.

Semasa artikel ini ditulis, aktor berkenaan masih tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Aqilah Paharuzi