Baru Sehari Sudah 8 Juta Pengikut, Penangan IG Jennifer Aniston!

Ratu filem genre romantik komedi dan bintang sitkom Friends, Jennifer Aniston akhirnya mencipta akaun Instagram pagi semalam dan walaupun baru sehari membuka akaun media sosialnya itu, beliau sudah pun mempunyai lebih dari 8 juta pengikut!

Foto pertama yang dimuat naik Jennifer yang membahasakan dirinya ‘Jen’, adalah foto bersama rakan-rakannya dari sitkom  yang melonjakkan namanya di Hollywood iaitu Courtney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer dan foto tersebut kini meraih lebih dari 9 juta ‘likes’!

“Dan sekarang kami ‘kawan’ di Instagram juga.  Hi Instagram,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen foto tersebut.
Bukan itu sahaja, Jennifer juga telah berkongsi ‘instastories’ dari rakan-rakan artis yang lain yang telah mengalu-alukan kedatangannya di Instagram seperti Reese Witherspoon, Dolly Parton, Courtney Cox dan Matt LeBlanc.

Nampaknya, ramai orang yang teruja kerana Jennifer sudah mempunyai akaun instagram! Lihat sajalah komen-komen yang membanjiri foto tunggal di dalam akaunnya ini!
Del14