“He Is So Loved..” – Anak Mamat Khalid Terharu Papa Disayangi Ramai

“Papa dah tunjuk perkembangan yang baik dan doktor gembira dengan perubahan positif yang ditunjukkan,” kongsi anak pengarah terkenal Mamat Khalid, Sara Khalid kelmarin.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan papa, sahabat-sahabat jauh dan dekat, saudara-mara, dan peminat-peminat papa.

“He is so loved, dan kasih-sayang orang sekeliling papa yang jadikan papa kuat. Betapa besarnya rahmat Tuhan kepada papa, dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan sayangkan papa seperti darah daging sendiri,” tulis Sara di laman Facebooknya lagi.

Dalam pada itu, isteri pengarah itu, Hasmah Hassan ketika dihubungi, memberitahu kesihatan suaminya semakin stabil.

“Abang dah pun buka mata tapi masih menggunakan tiub pernafasan untuk memudahkan dia bernafas.

“Tapi dalam keadaan itu pun, Abang sempat minta kertas untuk menulis memberi arahan mengenai urusan pra produksi filem Enam,” katanya.

Hasmah yang mesra dengan panggilan Kak Intan, berkata keadaan itu membuatkan doktor perlu terus memantau kerana tidak mahu dia keletihan fikirkan kerja.

Pada masa sama, dia meminta peminat dan masyarakat untuk berhenti menyebarkan berita palsu mengenai keadaan kesihatan suaminya yang didakwa sedang tenat.

“Doakan abang supaya cepat sembuh dan kembali bertenaga untuk terus berkarya,” katanya.

Sabtu lalu, Mamat Khalid dikejarkan ke hospital KPJ Ipoh selepas mengadu mengalami sesak nafas dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Oleh: Guy Masaki

Del14