“Bawa Berbincang Dengan Penuh Kasih-Sayang” – Mufti Wilayah Bersuara Isu Melibatkan Ali Puteh

Kecoh di laman media sosial dan industri hiburan tanah air menerusi kontroversi yang melibatkan pelawak, Ali Puteh dan juga kakak iparnya, iaitu balu kepada arwah Abam, Siti Noorhidayah Mohd Ali.

Isu panas yang berbangkit termasuklah berkenaan hukum faraid susulan harta peninggalan Abam yang belum diselesaikan.

Namun begitu, pada petang semalam menerusi sebuah sidang media, Ali Puteh telah membuat permohonan maaf secara terbuka buat kakak iparnya selepas menggelar isteri arwah dengan panggilan tidak manis menerusi Instastories miliknya.

Terbaharu, isu ini juga telah mendapat perhatian oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri selepas terdapat netizen yang bertanyakan soalan mengenai hukum berkenaan menerusi laman Twitter. Malah, ramai juga yang meminta supaya Zulkifli memberikan penerangan lebih terperinci mengenai hukum faraid.

“Kurang Manis Jika Pihak lain Campur Tangan”

Dr.  Zuklifli menjelaskan yang pihaknya yakin keluarga terlibat sedang mengusahakan sehabis baik. 

Sumber: Twitter
Dr. Zulkifli Muhammad al-Bakri juga turut menasihati supaya isu ini perlu dibawa berbincang dengan kasih-sayang sebagai satu keluarga.
Apa-apa pun semoga isu ini diselesaikan dengan cepat dan Xtra doakan supaya keadaan akan kembali pulih seperti dulu kala.
Syafiqa Irdina