Bawa Watak Penyondol? Puteri Sarah Harap Karakter Tak Terbawa Ke Kehidupan Sebenar – “Ni Memang Tahap Psiko!”

Konflik rumah tangga yang melanda pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seolah tidak menganggu sedikit pun perjalanan karier lakonannya.

Malah, dia kini semakin rancak membintangi banyak penggambaran drama termasuklah yang memerlukan dirinya berlakon sebagai seorang wanita psiko.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) miliknya, watak ‘Munirah’ yang dilakonkannya itu adalah watak sebagai seorang wanita penyondol seperti yang sering dibahaskan di ruangan media sosialnya.

Bagaimanapun, dia berharap lakonannya itu tidak terbawa-bawa sehingga ke kehidupan sebenarnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Sarah dilihat seperti memberi bayangan bahawa drama terbaharunya itu persis drama popular dari Indonesia, Layangan Putus.

 

Terdahulu, kemelut rumah tangga Sarah bersama suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih dalam proses tuntutan perceraian dan masih berjalan di Mahkamah Syariah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Biarkan Mereka Malukan & Jatuhkan Maruah JAWI!” – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Curang Dengan Suami Orang, Puteri Sarah Dapat Sokongan Padu Ibu Mentua – “Kita Ada Bukti! Semua Ni Hasutan Orang Ketiga”

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof Fail Nusyuz – “Kenapa Baru Sekarang Selepas 4 Tahun Bermasalah?”

Salma Syahbuddin