“B*doh Mana Yang Tinggalkan Komen Ni! Bikin Malu Tau Tak!”  – Netizen Wanita Kurang Sensitif, Hazeman Huzir ‘Naik Hantu’

Pengacara, pencipta kandungan dan aktivis kemanusiaan popular, Hazeman Huzir menyelar tindakan segelintir warganet yang berani meninggalkan komen merepek menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya pada Rabu.

Hazeman atau lebih mesra dengan panggilan Haze kelihatan marah apabila individu terbabit seakan tidak sensitif dan menjaga adabnya apabila memuji tetamu jemputannya yang dikenali sebagai Yousuf Hamis Abu A’ssi atau @yousuf_anak_palestine kacak.

“Aku nak tanya ni, b*doh mana yang aku tengah live tadi dia tinggalkan komen ‘handsome lah Yousuf ni’. Apa benda kau orang ni?

“Aku berborak benda yang serius tau! Tinggalkan komen macam ‘handsomenya’ apa benda semua tu…Eh, b*doh! Dia punya rumah baru lepas kena bom tau!

” Tak sensitif langsung kau orang ni,” katanya.

Tidak habis di situ, Haze menerusi perkongsian yang berlainan pula menjelaskan, sesi siaran langsung itu dibuat bagi membincangkan isu yang sedang berlaku di Palestin memandangkan Yousuf merupakan anak kelahiran bumi Gaza yang berpindah ke Malaysia untuk menyambung pelajaran.

“Malu, malu, malu tau tak? Kita ni tengah bercakap pasal isu besar lepastu berani betul ada orang komen kenapa abang Haze garang sangat.

“Kau dah malukan negara kita lah b*doh…Malu!,” jelasnya.

Selain itu, Haze sempat berkongsi beberapa tangkap layar komen pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat Haze.

Bahkan, ada yang terpaksa meninggalkan sesi siaran langsung itu dek kerana berasa malu dengan tidnakan individu tersebut.

“Allah malunya, saya yang rasa malu.

“Sebab tu aku leave live tadi. Komen mengarut tu. Gatal sangat!

“Tak faham jenis perempuan mengelinjang pantang nampak orang hensem. Agak-agak la pun nak komen. Kita yang perempuan pun malu.  Tak kena tempat pula nak komen macam tu dengan orang Palestin tu,” komen netizen.

Salma Syahbuddin