Kongsi Foto Pakaian Terakhir Arwah Siti Sarah, Watie Hanifiah Dedah Shuib Pernah Marah Pembantu Rumah Gara-Gara…

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan, suaminya itu pernah bertindak memarahi pembantu rumah mereka gara-gara mengalihkan baju terakhir yang dipakai arwah Siti Sarah.

Malah, dia memaklumkan suaminya itu pernah terbangun dan menangis akibat terlalu rindu dengan arwah isterinya.

“Kadang-kadang 4 pagi tiba-tiba dia terbangun dan nangis. Kita tanya kenapa? Dia kata dia mimpi panggil-panggil arwah tapi arwah tak datang. Dia rindu sangat. Sampai la ke siang dia terus tak tidur balik dah.

“Ni pakaian terakhir arwah. Daddy (Shuib) bawa ke mana pergi. Dia pegang, dia cium.

“Setiap kali buka almari mesti akan nampak. Pernah bibik baru yang tak tahu ni baju arwah… dia alihkan. Sekali bibik kena marah,” katanya.

Watie berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi soal jawab di Instagram Story miliknya pada Rabu.

Dalam perkongsian yang berlainan pula, Watie turut menjelaskan perasaan cemburu tidak pernah wujud sekalipun suaminya itu sering bercerita perihal arwah.

“Sedih sebab jeles tu tak pernah. Tapi sedih bila fikir entah-entah dia tak bahagia dengan kita tu memang ada.

“Cuma dia selalu cakap ‘I berterima kasih dekat You and syukur sebab datang dalam hidup dia’.

“Yelah kan dalam hubungan kita nak sama-sama rasa bahagia. Jadi asalkan dia rasa bahagia bila dengan Watie tapi dalam masa sama dia masih rindu dan sedih dengan pemergian arwah, saya okay je. 

“Sebab arwah adalah separuh dari hidup  dan jiwa dia,” jelasnya.

Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Namun, hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.

 

Artis Berkaitan: Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

Artis Berkaitan:Dituduh Dah Lama ‘Bercinta’ Dengan Shuib, Watie Hanifiah Tunjuk Bukti – “Tanggung La Siapa Yang Fitnah Tu”

Artikel berkaitan: Watie Tak Pernah Terdetik Kembali Ke Penampilan Lama… Kini Lebih Bersyukur, Mengaku Perlu Perbaiki Cara Pemakaian

Artikel berkaitan: “Akak Jangan Marah Kita Tau” – Bimbang Ambil Alih Tempat Sebagai Isteri & Ibu, Watie Kongsi Kata-Kata Semasa Menziarahi Kubur Arwah Siti Sarah

Artikel berkaitan: Kongsi Momen Di Hospital, Komen Ibu Mentua Cetus Tanda Tanya… Watie Pregnant? – “Resultnya Update Mama Ye”

Artikel berkaitan: Terhibur Tengok Gelagat Shuib Layan Kerenah Isteri Bergambar, Peminat Komen – “Bagus Watie Hadir Dalam Keluarga Dia…”

Salma Syahbuddin