Categories: HiburanSelebriti

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Diva Indonesia Kris Dayanti (KD) tidak menolak sekiranya anak-anak hasil perkahwinan dengan komposer Anang, Aurel Hermansyah dan Azriel Hermansyah mahu tinggal sementara waktu di rumahnya.

Umum tahu, sejak pasangan ini bercerai, dua anak mereka tinggal bersama Anang seterusnya tinggal bersama dengan ibu tiri, penyanyi Ashanty.

Berikutan Anang yang mahu menjual kediaman mereka di Cinere, Depok, Jawa Barat, KD tidak menolak untuk menerima kehadiran anak-anaknya dengan hati terbuka.

“Saya yakin bekas suami mempunyai rancangan terbaik untuk anak-anak. Sekiranya mereka mahu tinggal bersama saya, saya menyambut dengan senang hati,” katanya kepada media tempatan Indonesia.

Sementara itu, KD memaklumkan tidak memaksa dalam hal ini.

“Terpulang kepada anak-anak. Apa yang senang untuk mereka, senang untuk saya juga,” katanya.

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.

Namun terdapat laporan mengatakan Ashanty takut untuk tinggal di rumah besar ini yang dikaitkan dengan kejadian mistik. 

Anang dan Kris Dayanti ini bercerai pada tahun 2009 selepas 10 tahun berkahwin sebelum bertemu jodoh semula dengan Ashanty pada tahun 2011. 

Manakala, hak penjagaan anak-anak diserahkan kepada Anang.- TribunNews. 

SGMS Faida