Bekas Suami Lufya Omar Tak Melatah Nama Kena Petik Culik Anak

Bekas suami pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz tidak melatah namanya dipetik susulan kes cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura sekitar Julai lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Che Muhammad Hafiz menjelaskan isu berkenaan tidak memberi impak kepada dirinya memandangkan dia tiada masalah untuk berjumpa dengan anak perempuannya itu.

“Tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan mengatakan saya yang melakukan cubaan menculik itu. Jika boleh berjumpa secara baik, kenapa pula saya hendak buat perkara begitu?

“Oleh itu, saya memilih untuk memberikan reaksi terhadap dakwaan yang dilemparkan. Saya tidak terkesan kerana menganggap dakwaan berkenaan tidak timbul sama sekali.

“Cuma secara umumnya, saya berpendapat ibu bapa di luar sana untuk lebih berhati-hati jika bersama anak-anak supaya insiden sebegini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan.

Namun, Lufya atau nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya selamat namun dia mengalami kecederaan di muka kerana dipukul menggunakan batang kayu.

Kemudian, nama bekas suami, Che Muhammad Hafiz turut dipetik sebagai salah seorang suspek tetapi Lufya menafikan dakwaan tidak berasas itu.

Untuk rekod, Lufya dan Che Muhammad Hafiz bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibelasah Guna Kayu.. Anak Perempuan Hampir Diculik! Lufya Omar Kongsi Momen Berdepan Detik Cemas

Sumber: Harian Metro

Maya Basir