Niat Tawan Pasaran Muzik Tempatan, Chaleeda Sanggup Belajar Cakap Melayu

Namanya mungkin baru di dalam industri hiburan, namun penyanyi kelahiran Thailand, Chaleeda Gilbert membuktikan kehadirannya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Buktinya, Chaleeda sanggup masuk kelas menguasai Bahasa Malaysia sebelum menjalani proses rakaman di dalam studio.

“ Saya mengambil masa hanya tiga hari sahaja untuk mempelajari sekaligus memahami lirik lagu ini.

“ Biarpun masih hijau dalam industri nyanyian di Malaysia, saya memasang impian untuk pergi jauh,” katanya kepada xtra.com.

Single terbaru berjudul Best Friend duet bersama Lil J antara single terbaru Chaleeda yang kini bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.

Terdahulu, gadis kacukan Thai-Inggeris ini pernah muncul dengan single berjudul Mind Over Matter, Oktober lalu.

Selain itu, Chaleeda juga pernah membintangi filem seram Thailand berjudul The Promise arahan Sophon Sakdaphisit.

SGMS Faida