Anda pernah ada pengalaman anak dijangkiti Influenza A (H1N1)? Jika tidak pernah, anda perlu tahu bagaimana penyakit ini boleh dijangkiti oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Untuk pengetahuan anda, Influenza A (H1N1) merupakan sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini juga hampir sama seperti selesema bermusim biasa. Sebab itulah ramai yang keliru!
Penyakit ini juga dinamakan sebagai selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi. Selain itu, penyakit ini juga sangat mudah berjangkit melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti.
Lagi-lagi jika anda berada di dalam ruang rumah yang tertutup bersama individu yang dijangkiti, pastinya sangat mudah virus ini merebak. Jom ketahui simpton-simpton apabila anak anda dijangkiti Influenza A.
Simpton penyakit ini adalah berbeza dalam setiap individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini ahnya mengalami simpton yang sederhana sahaja. Tetapi, terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas.
Selain itu, simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom selsema biasa iaitu:
Sekiranya bayi anda menghidap selesema ‘biasa’, kadar suhu badannya ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah Celcius. Tapi, sekiranya, bayi anda menghidap Influenza ini, suhu badannya boleh mencecah lebih daripada 39 darjah Celcius atau lebih tinggi daripada suhu badan normal.
Bawalah bayi anda berjumpa doktor, sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
Bagi kanak-kanak yang menghidapi jangkitan Influenza A yang teruk kadangkala menunjukkan simpton seperti ini:
Sekiranya, anak anda disahkan dijangkiti Influenza A ini, anda perlu menjaganya di rumah. Pastikan anak anda mendapat rehat yang mencukupi dan memberinya banyak minum air putih untuk memastikan dia terhidrasi dengan baik.
Anda juga perlu mengawal suhu anak dengan menggunakan kipas angin atau span basah. Anda juga boleh memberikannya paracatemol untuk kanak-kanak bagi mengurangkan suhu badannya. Apapun, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor untuk merawat penyakit ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Babycenter
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza