‘Kita Pulang Sama-Sama Sayang Ya. Tunggu Ya’, Ifan Seventeen Setia Menunggu Isteri

Dua hari berlalu, vokalis kumpulan popular Seventeen, Ifan masih menanti kepulangan isterinya, Dylan Sahara selepas hilang dalam tragedi Tsunami di Selat Sunda, Sabtu lalu.

Ifan yang begitu emosi menerusi Instagramnya menulis luahan yang mengharapkan pengakhiran terbaik buat isterinya.

” Pulanglah sayang, aku kangen banget (Pulanglah sayang, aku rindu sangat).

“Aku masih di sini, tak ke mana-mana, aku jemput kamu, kita pulang sama-sama sayang ya. Tunggu ya,” tulisnya ringkas.

Hantaran ini membuatkan netizen sebak dengan kata-katanya yang tidak akan keluar dari kawasan Banten selagi tidak berjumpa isterinya.

Selain Dylan, seorang lagi anggota Seventeen, Andi (drum) masih belum ditemui selepas insiden Tsunami yang membadai Tanjung Lesung Resort, Banten sabtu lalu. 

SGMS Faida